Pokok Jering
Pokok Jering

Pokok Jering

Pokok Jering ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia dan Thailand. Pokok ini merupakan pokok saka yang besar dan rendang dan selalunya tumbuh meliar di dalam hutan. Nama botaninya Pithecellobium jiringa[1]Jering sering dimakan sebagai ulam tetapi kurang popular kerana baunya yang tidak menyenangkan. Pewarna ungu yang didapati daripada lenggai-lenggai pokok ini telah dipergunakan untuk mencelup sutera. Kayu pokok ini ringan dan tahan lama sederhana. Warnanya semakin menjadi perang tua dengan berlangsungnya masa. Kayu ini amat mudah dikerjakan dan telah digunakan untuk kerja kayu halus, almari, dan perabot lain.